![]() "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya" (Surah Ali Imran 3:Ayat 200) |
Puan Ainie binti haji Omar (GURU BESAR) * Puan Zaiton binti Osman Khan (PENOLONG KANAN KURIKULUM) * Encik Jibid Sampai (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) * Puan Siti Rosiah binti Ahmad (PENOLONG KANAN KO_KURIKULUM) * Puan Janimah binti Jaman (PENYELIA PETANG) |
TERAS PENDIDIKAN MISI WAWASAN SEKOLAH
KurikulumMeningkatkan kecemerlangan prestasi pencapaian PKSR dan UPSR.Ko-kurikulumMelahirkan murid-murid yang aktif dalam bidang yang diminati dan berpotensi dalam sukan untuk mewakili daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.SahsiahMengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan meningkatkan kebersihan serta keindahan persekitaran sekolah.Pengurusan Dan KepimpinanMelahirkan serta menyuburkan semangat kekitaan, kesetikawanan dan kesejawatan warga sekolah Kebangsaan Kem Tentera, Sandakan.
OBJEKTIF SEKOLAH
Menyediakan satu sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.Meningkatkan kepakaran guru-guru menjadi pendidik yang berkesan.Menjaga kesejahteraan staf, murid, ibu bapa serta pelanggan.Memastikan peningkatan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran & pembelajaran ke arah merealisasikan sekolah bestari.Memastikan setiap warga mengamalkan akhlak yang mulia dan bekerja dalam pasukan bagi mencapai misi dan visi sekolah.Memastikan semua murid mengambil bahagian secara aktif dalam akademik dan ko-kurikulum.Memastikan pentadbiran sekolah sentiasa menjalinkan hubungan erat dengan komuniti setempat secara permuafakatan dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan.Memastikan setiap murid berada dalam persekitaran sekolah yang selamat dan sihat.
AGENDA SEKOLAH
Objektif yang dinyatakan adalah untuk mempertingkatkan ketrampilan setiap warga SKKTS dan menerima hakikat bahawa kecemerlangan diri amat perlu dalam memartabatkan profesion pengurusan. Untuk mengukuhkan lagi penyataan di atas, beberapa program dan aktiviti telah disusun untuk dilaksanakan. Antaranya:
Fizikal Sekolah
Fizikal sekolah bukan sahaja untuk merujuk kepada kemudahan asas sekolah, tetapi termasuk juga keceriaan. Projek “CERIA INDAH” akan diteruskan kerana yakin bahawa ia dapat menyumbangkan kepada suasana dan keadaan sekeliling yang lebih kondusif.
Projek Panitia
Penekanan kepada bimbingan dan latihan akan diberi perhatian dalam melaksanakan segala aktiviti panitia di samping memberi peluang kepada setiap murid. Setiap panitia hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya satu aktiviti untuk dilaksanakan setiap tahun. Ini termasuklah projek-projek motivasi dan perkhemahan.
Projek Kelab & Persatuan
Projek-projek kelab atau persatuan akan memberi tumpuan kepada latihan kepimpinan supaya setiap ahli yang menyertai akan memberi sesuatu yang lebih bermanfaat supaya dapat mempertingkatkan potensi diri masing-masing.
Projek sukan & Permainan
SKKTS kurang menyerlah dalam bidang sukan dan permainan sama ada di peringkat daerah mahu pun Bahagian. Menyedari hakikat ini, jawatankuasa Ko-kurikulum diamanahkan untuk mencari formula dan strategi di samping menyediakan sasaran yang hendak dicapai. Pembentukan pasukan bermula dari rumah sukan dan akan diberi penekanan supaya setiap murid yang mewakili sekolah mempunyai semangat yang tinggi untuk bersaing.
Projek Mentereng
Menyusun dan mengaktifkan mentereng di samping menambah bilangan ahli sedia ada, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap guru penasihat. Menyediakan sukatan pelajaran dan ujian juga akan dilaksanakan serta melibatkan mereka dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah sebagai satu cara dan saluran untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Projek Untuk Staf SKKTS
Pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dan dinamik. Oleh itu, setiap warga SKKTS perlu melengkapkan diri dengan perkembangan semasa kerana kegagalan ke arah itu bermakna guru-guru dan KTBM masih kekal di tahap yang lama. Anjakan paradigma dan lompatan saujana diperlukan oleh semua warga SKKTS dari salah satu cara ialah dengan mengadakan projek dan aktiviti perkembangan staf seperti pengurusan bilik darjah, pengurusan Pusat Sumber, penggunaan BBM, komputer dan sebagainya.Pengurusan MesyuaratSetiap jawatankuasa sama ada akademik atau bukan akademik perlu mengadakan mesyuarat secara teratur.
Perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah:
Menyediakan surat panggilan mesyuarat Menyediakan dan menyimpan minit mesyuarat Menyediakan dan menyimpan senarai ahli jawatankuasa Menyediakan rancangan kerja/projek Menyediakan laporan aktiviti Pengawalan Untuk memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar, baik dan berkesan, satu jawatankuasa pengawalan dan penilaian kualiti dibentuk. Penilaian ini termasuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Guru Besar, Pengurus Kualiti dan semua Penolong Kanan adalah ahlinya-ahlinya. Penutup
Untuk melaksanakan harapan,merealisasikan matlamat, misi dan visi sekolah, semua warga SKKTS perlu mengembling tenaga, masa dan tidak terlalu berkira tetapi berfikiran sebagai anggota perkhidmatan awam. Apakah sumbangan kita selama ini selain dari bidang tugas kita?. |
